SURAU AS-SYAFIE











































SURAU AS-SYAFIE
SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU (SRAB),
DAERAH MUAR (SABK)

VISI
 Pusat Membina Modal Insan Berkualiti Dunia Dan Akhirat 

MISI

 Merealisasikan Fungsi Surau Sekolah Pelengkap Pembelajaran Memupuk Modal Insan Menuju 
Keredhaan Ilahi Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah


 OBJEKTIF

 * Mengimarahkan surau As-Syafie dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
* Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik.
* Memupuk minat dan tabiat murid supaya rajin berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya.
* Melatih murid dengan kepimpinan dan sahsiah islamiah yang unggul.
* Membantu murid menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa.
* Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan pembinaan insan.
* Menjadikan surau sebagai satu tempat mengeratkan silaturrahim melalui solat berjemaah dan aktiviti keilmuan.


MATLAMAT

Melahirkan insan yang kamil dan cemerlang





 ************************************************************* 





PERATURAN AM PENGGUNAAN SURAU


v  Sila tanggalkan kasut sebelum masuk. Kasut hendaklah diletakkan dalam keadaan yang teratur
v  Dilarang membawa masuk makanan atau minuman ke dalam surau
v  Telekung dan sejadah yang telah digunakan perlu dilipat dan diletakkan kembali ke tempat asal
v  Buang sampah ke dalam tong sampah
v  Dilarang menconteng atau merosakkan segala kemudahan yang terdapat di dalam surau
v  Jimatkan penggunaan elektrik. Pastikan suis lampu, kipas dan sebagainya ditutup sebaik sahaja selesai digunakan.
v  Dilarang sama sekali menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama serta boleh mencemarkan tempat beribadah (surau).
v  Penggunaan surau untuk tujuan tertentu hendaklah mendapat kebenaran pihak sekolah terlebih dahulu.
v  Sila pastikan keselamatan barang sendiri. Pihak sekolah tidak betanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kecurian.





**************************************************************** 




PIAGAM PELANGGAN SURAU AS -SYAFIE

Pihak pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau sebagai :

• Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
• Menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
• Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.
• Memastikan semua pelajar muslim memperolehi  ilmu fardhu ain yang sempurna.
• Memaksimumkan penggunaan surau untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna.





 ******************************************************************




PERATURAN KHAS/ ADAB/ TATASUSILA
KETIKA BERADA DI SURAU



1.       Berpakaian menutup aurat lelaki / perempuan
2.       Jaga kebersihan ketika berada di dalam surau
3.       Jaga adab serta tingkahlaku dari segi perbuatan dan perkataan ketika berada di dalam surau
4.       Simpan semua peralatan yang telah digunakan di tempat asal
5.       Sebelum keluar pastikan semua suis telah dimatikan
6.       Simpan dan susun selipar dengan kemas
7.       Tutup semua tingkap dan pintu sebelum meninggalkan surau
8.       Guru mesti bersama murid ketika berada di dalam surau
9.       Jaga semua peralatan yang telah disediakan di surau
10.     Jaga kebersihan tempat wudhuk dan gunakan paip dengan cermat
11.     Jangan membazir air atau elektrik
12.     Jangan makan dan minum di dalam surau




******************************************************************** 





SENARAI NAMA AJK MUSOLLA
SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU (SRAB),
DAERAH MUAR (SABK) 2016



BIL
NAMA
DARJAH
1.
MUHAMMAD HAKIMI BIN HAMIDI
6 AK
2.
MUHAMMAD HARITH AIMAN BIN MOHD HISYAM
6 AK
3.
MUHAMMAD IKHWAN HAKIMI BIN HAFEZ
6 AK
4.
ABDULLAH AIMAN BIN ASHRAF
6 AR
5.
ASYRAF NASRULLAH BIN MOHAMED ELIAS
6 AR
6.
LUQMAN ALHAKIM BIN ABDULLAH
6 AR
7.
MUHAMMAD AFIF ADHAM BIN ALIAS
6 AR
8.
MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN MOHD HAIRUDIN
6 AR
9.
MUHAMMAD DANISH HAIKAL BIN IRWAN
6 AR
10.
MUHAMMAD HASIF IZZUDDIN BIN HAIRULNIZAM
6 AR
11.
MUHAMMAD IRFAN BIN GHAZALI
6 AR
12.
MUHAMMAD SYAHFIQI BIN MOHD SYAHIZAN
6 AR
13.
AIMAN NAJWA BINTI ABDULLAH
6 AR
14.
ANIS SYAFIQAH BINTI ZULKIFLI
6 AR
15.
NUR ATHIRAH BINTI ABDULLAH
6 AR



************************************************************************

SURAU AS-SYAFIE SEK REN AGAMA BERSEPADU MUAR
DEKAT DI HATI.










LAPORAN PROGRAM QIAMULAIL
ANJURAN BERSAMA
 UNIT DAKWAH & AGAMA, PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM
SERTA PIBG SRAB MUAR
TAHUN 2016

1. Nama Program      : Program Qiamulail 2016

2. Tarikh                    : 21 dan 22 April 2016 bersamaan 13 dan 14 Rejab 1437H

3. Hari / Masa            : 6.30 ptg (Khamis) hingga 10.00 pg (Jumaat)

4. Tempat                   : Dewan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SABK) Daerah Muar

5. Objektif                  :1.    Membentuk peribadi pelajar melalui amalan ibadah yang betul dan tepamengikut kehendak syarak dan mewujudkan rasa kehambaan di kalangan pelajar serta sentiasa mencari keredhaan dan keampunan Allah.
2.               Menyedarkan pelajar tentang kepentingan Solat dan Ibadah serta
           memupuk disiplin yang mantap.
3.     Menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi kekangan dan dugaan dalam kehidupan.
4.    Melatih para peserta agar bertanggungjawab, bersabar, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.

6. Sasaran                   :  1.  Semua Pelajar Tahun 6 seramai 71 orang
                                        2. Guru SRAB
    3. Ibu Bapa Pelajar Tahun 4,5 dan 6 ( Tahap II )
    4. AJK PIBG SRAB

7. Kehadiran              : 62 orang murid

8. Kewangan              : Persatuan Ibu bapa dan Guru ( PIBG )

9. Butiran Aktiviti    


Bil
Program / Aktiviti
Pengisian
1.
Berbuka Puasa
- Semua murid-murid, guru, AJK PIBG
  dan ibu bapa dihidangkan buah Tammar
  dan air
2.
Solat Maghrib berjemaah
- Dilaksanakan secara berjemaah
3.
Jamuan berbuka puasa
- Jamuan berbuka puasa di kantin
4.
Solat Isyak dan Terawih Berjemaah
- Solat isyak dan terawih
  (8 rakaat) dilaksanakan di surau SRAB
  Muar
5.
Tazkirah Ramadhan
- Penceramah oleh Ustazah Sabariah binti
  Shawal
6.
Program Qiamulail
- Bermula jam 4.00 pagi semua pelajar,
  guru, ibu bapa dan AJK PIBG
  berqiamulail
7.
Bersahur dan Tazkirah Subuh
- Dikelolakan oleh Ust. Mohd Azharry

    


   

   











10. Penilaian Program :
           
      10.1 Kekuatan Program :

  10.1.1  Program berjalan lancar. Pernglibatan guru-guru, ibu bapa dan AJK PIBG amat  
              memuaskan.
  10.1.2  Makanan yang disediakan untuk berbuka dan bersahur amat memuaskan dan    
              mencukupi serta mendapat sambutan daripada pihak ibu bapa dan AJK PIBG 
              dengan memberi sumbangan makanan untuk program ini.

  10.2 Kelemahan Program:

  10.2.1  Terdapat sebahagian kecil ibu bapa yang tidak dapat turut serta di atas sebab yang 
   tidak dapat dielakkan tetapi tanpa memaklumkan kepada pihak penganjur.

  10.3 Cadangan Penambahbaikan :

  10.3.1  Pihak penganjur hendaklah menyusun program yang lebih sistematik agar   
              perjalanan program berjalan dengan lebih lancar.
  10.3.2  Pihak penganjur juga boleh menjemput imam dan penceramah luar untuk program
              akan datang supaya dapat memperolehi pendedahan yang lebih luas tentang  ilmu
              yang diperolehi.
           


11. Dokumentasi Bergambar


     






*******************************************************************************


LAPORAN PROGRAM IFHTAR RAMADHAN DAN SOLAT HAJAT TAHUN 6
ANJURAN BERSAMA
 UNIT DAKWAH & AGAMA DAN PIBG SRAB MUAR
TAHUN 2016

1. Nama Program      : Program Ifhtar Ramadhan dan Solat Hajat Tahun 6

2. Tarikh                    : 28 Jun 2016 bersamaan 23 Ramadhan 1437H

3. Hari / Masa            : 6.30 ptg (Selasa)

4. Tempat                   : Dewan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SABK) Daerah Muar

5. Objektif             :    5.1  Membentuk peribadi pelajar melalui amalan ibadah yang betul dan tepat mengikut  kehendak syarak dan mewujudkan rasa kehambaan di kalangan pelajar serta sentiasa mencari keredhaan dan keampunan Allah.
5.2     Menyedarkan pelajar tentang kepentingan solat dan ibadah serta memupuk disiplin yang mantap.
5.3     Menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi kekangan dan dugaan dalam kehidupan.
5.4     Melatih para peserta agar bertanggungjawab, bersabar, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.
5.5     Memberi kesedaran kepada murid tahun 6 tentang pentingnya doa restu daripada ibu, bapa dan guru..
5.6     Kecemerlangan dalam UPSR bukan sahaja bergantung sepenuhnya kepada usaha dan ikhtiar sahaja tetapi penyerahan dan doa juga memainkan peranan.

6. Sasaran                   :  1.  Semua Pelajar Tahun 6 seramai 71 orang
                                        2. Guru SRAB
    3. Ibu Bapa Pelajar Tahun 4,5 dan 6 ( Tahap II )
    4. AJK PIBG SRAB

7. Kehadiran              : 115 orang murid

8. Kewangan              : Persatuan Ibu bapa dan Guru ( PIBG )

9. Butiran Aktiviti     :
6.30 ptg           -           Pendaftaran pelajar bersama ibu bapa/penjaga,dan guru
7.20 ptg           -           Berbuka Puasa ( Tammar, kuih dan air )
-           Solat Maghrib
7.45 ptg           -           Jamuan Berbuka Puasa
8.35 mlm         -           Solat Isyak
-           Solat Terawih
 -           Solat Hajat dan Solat Witir
9.45 mlm           -           Ucapan Pemangku Guru Besar

    10. Penilaian Program :
           
      10.1 Kekuatan Program :

  10.1.1  Program berjalan lancar. Pernglibatan guru-guru, ibu bapa dan AJK PIBG amat  
              memuaskan.
  10.1.2  Makanan yang disediakan untuk berbuka amat memuaskan dan  mencukupi serta
              mendapat sambutan daripada pihak ibu bapa dan AJK PIBG dengan memberi
              sumbangan makanan untuk program ini.

  10.2 Kelemahan Program:

  10.2.1  Terdapat sebahagian kecil ibu bapa yang tidak dapat turut serta di atas sebab yang 
   tidak dapat dielakkan tetapi tanpa memaklumkan kepada pihak penganjur.

  10.3 Cadangan Penambahbaikan :

  10.3.1  Pihak penganjur hendaklah menyusun program yang lebih sistematik agar   
              perjalanan program berjalan dengan lebih lancar.
  10.3.2  Pihak penganjur juga boleh menjemput imam dan penceramah luar untuk program
              akan datang supaya dapat memperolehi pendedahan yang lebih luas tentang  ilmu
              yang diperolehi.
           


11. Dokumentasi Bergambar




                                                                                                                                   

*****************************************************************

GOTONG -ROYONG 
DI SURAU AS-SYAFIE SRAB MUAR 2016






***************************************************************

PEMANTAUAN SURAU
DAERAH










1 comment: