Menjana kecemerlangan anak-anak melalui kecemerlanagan keluarga bahagia.
Tarikh : 18 Feb 2017
Masa : 8.00 - 12.30 tgh
Tempat : Marina Bay, Tanjung Emas, Muar
Bersama penceramah motivasi En Khairul Anuar
di Marina Bay,Muar.
Terima kasih kepada ibubapa yang sudi meluangkan masa bersama-sama dalam menjayakan program ini. Semoga Allah memberkati usaha kita dalam mendidik anak-anak.
Kecerdasan Pelbagai
Ibu bapa dan guru-guru perlu mempunyai sedikit pengetahuan tentang
Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences)
supaya mereka lebih memahami kebolehan dan potensi mana yang dapat dikembangkan
dalam diri anak-anak mereka atau murid-murid mereka.
Juga sebagai panduan merancang pendekatan aktiviti atau pengajaran yang
paling sesuai dan berkesan
paling sesuai dan berkesan
kepada anak-anak, dalam masa yang sama anak-anak juga seronok belajar dengan
kaedah yang kita jalankan.
kaedah yang kita jalankan.
Howard Gardner mengenalpasti 8 jenis kecerdasan manusia (Chapman, 1993), iaitu:
Kecerdasan 1: Verbal/Linguistik
Kecerdasan ini berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang
cerdas verbal kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan
orang lain melalui pelbagai cara yang berkesan.
cerdas verbal kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan
orang lain melalui pelbagai cara yang berkesan.
Kecerdasan 2: Logikal/Matematik
Kecerdasan ini melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logic dan
memproses sesuatu maklumat yang diterima.
Kecerdasan 3: Visual/Spatial (ruang)
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan berfikir dalam bentuk visual
dan gambar ataupun rajah.
dan gambar ataupun rajah.
Kecerdasan 4 : Pergerakan Badan/Kinestetik
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah
menggunakan pergerakan badan.
menggunakan pergerakan badan.
Kecerdasan 5: Muzikal/Rima
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan mencipta muzik ataupun rentak tertentu,
berupaya memahaminya, menterjemahkannya dan menghargainya.
Kecerdasan 6: Interpersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan
keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan mereka.
Kecerdasan 7:Intrapersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan
pengetahuan itu bagi meningkatkan potensi diri sepanjang hayat.
Kecerdasan 8:Naturalis
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan
menghargai alam sekitar.