Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program dan aktiviti yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah.
Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun 1 yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 pada tahap pencapaian yang hampir sama.
Suasana ceria menyelubungi murid-murid tahun 1.
Perbarisan sebelum naik ke kelas masing-masing.
Pendaftaran ibubapa
Minggu Transisi Tahun 1
Berbagai-bagai aktiviti menarik telah dirancang bagi menarik minat murid-murid tahun 1 untuk ke sekolah. Disamping nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya, murid-murid dipenuhi dengan pelbagai aktiviti secara individu dan kumpulan.
No comments:
Post a Comment