Saturday, 18 February 2017

SEMINAR DAN CERAMAH KEIBUBAPAAN TAHUN 5 - 2017

Menjana kecemerlangan anak-anak melalui kecemerlanagan keluarga bahagia.

Tarikh : 18 Feb 2017
Masa : 8.00 - 12.30 tgh
Tempat : Marina Bay, Tanjung Emas, Muar



Bersama penceramah motivasi En Khairul Anuar
di Marina Bay,Muar.

Terima kasih kepada ibubapa yang sudi meluangkan  masa bersama-sama dalam menjayakan program ini. Semoga Allah memberkati usaha kita dalam mendidik anak-anak.

Kecerdasan Pelbagai


Ibu bapa dan guru-guru perlu mempunyai sedikit pengetahuan tentang 
Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences)
 supaya mereka lebih memahami kebolehan dan potensi mana yang dapat dikembangkan 
dalam diri anak-anak mereka atau murid-murid mereka.

Juga sebagai panduan merancang pendekatan aktiviti atau pengajaran yang 
paling sesuai dan berkesan 
kepada anak-anak, dalam masa yang sama anak-anak juga seronok belajar dengan
 kaedah yang kita jalankan.

Howard Gardner mengenalpasti 8 jenis kecerdasan manusia (Chapman, 1993), iaitu:


Kecerdasan 1: Verbal/Linguistik
Kecerdasan ini berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang 
cerdas verbal kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan 
orang lain melalui pelbagai cara yang berkesan.



Kecerdasan 2: Logikal/Matematik
Kecerdasan ini melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logic dan 
memproses sesuatu maklumat yang diterima.



Kecerdasan 3: Visual/Spatial (ruang)
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan berfikir dalam bentuk visual 
dan gambar ataupun rajah.


Kecerdasan 4 : Pergerakan Badan/Kinestetik
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah 
menggunakan pergerakan badan.


Kecerdasan 5: Muzikal/Rima
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan mencipta muzik ataupun rentak tertentu, 
berupaya memahaminya, menterjemahkannya dan menghargainya.



Kecerdasan 6: Interpersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan 
keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan mereka.



Kecerdasan 7:Intrapersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan
 pengetahuan itu bagi meningkatkan potensi diri sepanjang hayat.



Kecerdasan 8:Naturalis
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan 
menghargai alam sekitar.








PELANCARAN PROGRAM NILAM 2017 DAN PELANCARAN GURU PENYAYANG




Program 'NILAM' atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan gabungan semua aktiviti galakan membaca bermatlamat untuk membina tabiat membaca dikalangan murid SRAB MUAR. Majlis Pelancaran program NILAM telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohd Sanusi b. Rahiman. Gimik pelancaran diadakan dengan melengkapkan menandatangani kek "muka buka" sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2016.



TARIKH : 16/2/2017
TEMPAT: DATARAN KEJAT
MASA 8.00 PAGI

Tahniah diucapkan kepada pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) atas kesungguhan dalam menjayakan program NILAM.Pihak sekolah berharap agar semua aktviti yang dirancang sempena program tersebut akan berjalan dengan lancar.


Gimik Pelancaran



Tokoh NILAM 2017


Kategori Bahasa Melayu : Nur Waznah Binti Mohd Fowzi
Kategori Bahasa Inggeris : Syasya Darrwisyah Bin Md Sani




Suapan Kasih Sayang
sempena Hari Lahir.......





MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN 2017


  

Program kepimpinan ini  menyelitkan mesej-mesej kepimpinan sebagai sebahagian daripada pendidikan yang dibawa melalui program ini atas satu hasrat iaitu membantu melahirkan pemimpin yang cemerlang dan berintegriti tinggi.

                   Semoga kursus ini berjaya dalam membentuk sahsiah, kepimpinan, 
                                         motivasi dan hala tuju diri seorang pelajar. 

                                                   Barisan pimpinan murid SRAB Muar....



PENGAWAS

AJK SPBT SEKOLAH
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

 KETUA DARJAH DAN PENOLONG KETUA DARJAH

AJK MUSOLLA
AJK KEDAI SEKOLAH

Sambutan Maulidurasul

Raikan bersama sambutan maulidurasul...



Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad yang jatuh pada hari isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571M. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Semoga program ini membawa manfaat pada semua.






Sunday, 12 February 2017

Kem Personaliti Murid Unggul Tahun 6 , 2017

Tema : Mengorak Langkah, Menuju Kejayaan, Demi  Masa Depan
Bertempat  di Homestay D'Sawah Parit Serong, Batu Pahat
20-21 Januari 2017


 HOMESTAY D'SAWAH YANG TENANG.....

Aktiviti menangkap ikan

dah dapat tangkap seekor....yeah....



Projek buat kuih onde-onde atau buah melaka





 Semoga kem ini dapat membina potensi diri dan dapat 
merungkai strategi  serta persiapan sebelum peperiksaan.

Saturday, 11 February 2017

Sambutan Maulidurasul Bersama Murid-Murid


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan. 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. 
Terima kasih kepada pihak penceramah yang sudi berkongsi ilmu dengan murid-murid.



maulidur-rasul2

Penceramah maulidurasul


Kata alu-aluan dari guru besar



Program Menceriakan Sekolah

Program gotong royong merupakan satu alternatif bagi membersihkan sesuatu kawasan. 
Dengan kerjasama semua pihak termasuk pengurusan sekolah dan penglibatan ahli PIBG,  program ini dirasakan sesuai untuk dilaksanakan bagi memastikan keceriaan kawasan sekolah sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

 Suasana pembelajaran yang kondusif tentu sekali dapat menyumbang kepada proses pendidikan yang mampan.

Oleh demikian, penglibatan semua pihak dalam program ini dapat memberikan pendedahan bagaimana cara untuk memelihara keceriaan fizikal prasekolah dapat ditingkatkan. 

Keselesaan dan kecantikan sekolah akan meningkatkan lagi 
suasana dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.







SELAMAT DATANG KE DUNIA PERSEKOLAHAN



Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program dan aktiviti yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah. 

Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun 1 yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 pada tahap pencapaian yang hampir sama.


Suasana ceria menyelubungi murid-murid tahun 1.
Perbarisan sebelum naik ke kelas masing-masing.

Guru kelas darjah 1
Pendaftaran ibubapa

Minggu Transisi Tahun 1


Berbagai-bagai aktiviti menarik telah dirancang bagi menarik minat murid-murid tahun 1 untuk ke sekolah.  Disamping nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya, murid-murid dipenuhi dengan pelbagai aktiviti  secara individu dan kumpulan.